DUDUK GOYANG KAKI 6 BULAN TAPI DUIT GAJI JALAN

bulan 4, 2015, genap 6 bulan aku duduk kat rumah. cuti dengan gaji. korang ingat, orang pompuan je boleh cuti dengan gaji? tu pun kena bersalin dan dok kat rumah diam diam sebab berpantang.


aku?


duduk kat rumah, sebab aku nak fokus dan jadi tulang belakang perniagaan isteri aku yang banyak sangat perniagaan dia nak buat sampai satu tahap dia rasa dia nak quit buat semua perniagaan dan rasa nak fokus kat 1 je perniagaan yang dia rasa dia suka dan minat dan senang dia nak buat iaitu - klik klik kat depan komputer , tulis itu ini, dapat order dari pelanggan, duit masuk, dia pos barang, bulan depannya dapat bonus dan aku merasa hasil bonus tu.


korang faham???


baca semula dan pelan pelan korang fahamkan. tapi aku taklah duduk diam je kan, smbil aku kasi idea idea bernas bagaimana nak kembangkan perniagaannya untuk lebih berkembang. aku suka perniagaan dia berkembang tapi jangan dia yang kembang---tetttttttttttt

korang rasa kenapa aku berani bercuti tanpa gaji dari tempat kerja aku? kalau korang, korang dapat seperti mana gaji korang yang asal, tanpa pperlu bangun pagi pagi untuk pergi kerja, dari jam 8 pagi hingga 6 atau 8 malam, sampai rumah jam 9 malam, tapi korang dapat gaji yang sama dengan hanya duduk kat rumah??? eh,dah macam nak ajak korang join skim cepat kaya pula.


aku maksudkan, aku nak cuba hidup macam tu, bebas masa, bebas dari kelam kabut, bebas dari hati porak peranda sebab kena jaga hati bos, jaga hati pakcik guard, jaga hati QC, jaga hati kawan kkawan, jaga hati makcik warung depan tu, tapi aku hanya fokus pada isteri, anak anak dan keluarga aku. ...


tapi esok aku dah naik keje dah.....sebab apa aku nak keje balik?

nanti aku share lagi sebab aku rasa aku macam tak sedap perut. bak kata isteri aku - aik? ada rama rama ke dalam perut abang tu?


serius aku tak faham maksud dia. macamana dia tau rasa rama rama dalam perut? korang tau???


kalau korang tau , korang yang baca post ni mesti perempuan!!!




~ MOHD ZAMRI BIN HUSSIN~
                VS
~ PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR

Comments