Posts

Showing posts from May, 2015

MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN PADA PASANGAN ANDA

Image
entry kali ni aku masuk sikit pasal rumah tangga. Aku bukan cerita pasal aku gaduh gaduh dengan isteri aku lepas tu baik semula, gaduh balik, baik semula tu. Tapi, aku nak share mengenai satu masalah yang isteri hidapi dan dia rasa suami dia tak kisah sangat hanya sebab suami tak pernah bercakap atau berbincang mengenainya. Masalah ini juga kekadang aku baca di surat khabar , majalah mahupun blog. Tapi ia seakan satu benda yang malu untuk dibicarakan tetapi pasti jadi mudarat kepada pasangan rumah tangga tu. apakah masalah itu? masalah yang aku nak share hari ini , ialah masalah KEPUTIHAN pada isteri. lelaki ada ke masalah keputihan ini? aku nak share cara mengatasi masalah keputihan pada pasangan kita. sebab ini adalah blog aku, jadi aku nak kita sebagai suami berbincang dan menyelesaikan masalah ini. Tahu tak korang semua apa itu keputihan pada wanita? keputihan ni macam lendir tau. aku baca kat blog Dr Zubaidi , lendir ni berwarna putih dan ianya berbau busuk. Tapi takkan aku nak

ADAKAH ENERGIZING SOY PROTEIN SESUAI UNTUK LELAKI ?

Image
Salah satu produk Shaklee yang aku ambil setiap hari ialah ENERGIZING SOY PROTEIN atau nama glamernya ESP. produk ini selalunya sinonim dengan orang perempuan. Orang perempuan je yang suka ambil produk kesihatan atau makanan tambahan ini.  Ada juga yang bertanya pada aku, adakah Energizing Soy Protein sesuai untuk lelaki? Apa yang aku tahu, ENERGIZING SOY PROTEIN keluaran Shaklee ini adalah dari jenis NON GMO iaitu dalam bahasa melayunya, soya yang diproses dan tidak ditukar genetiknya. Jadi ia adalah dari sumber semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia. korang tau apa bezanya dengan produk GMO? contoh : buah tembikai sepatutnya membesar dan matang dalam tempoh masa 30 sehingga 45 hari baru ianya sesuai dituai. Tapi, dengan teknologi yang baru ni, tembikai diubah secara genetiknya dan menjadikannya ia matang lebih awal dari tempohnya. Hah, macam tuelah.  So, adakah Energizing Soy Protein sesuai untuk lelaki handsome dan ohsem macam aku ini???   korang tengok poster ni. Pe

PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR YANG OHSEM

Image
aku rasa aku kena kenalkan diri aku sebagai salah seorang Pengedar Shaklee Kota Tinggi, Johor yang aktif dari tahun 2011 sehingga kini. aku tahu ramai yang dah berdaftar sebagai ahli Shaklee atau sebagai Pengedar Shaklee Kota Tinggi, tapi ramai dah tak aktif. Aku pun tak tahu kenapa. sebab tu aku cakap, aku adalah pengedar Shaklee Kota Tinggi yang masih aktif. Kenapa aku cakap macam ni? nak kena mention yang aku masih aktif? ada customer aku atau isteri aku, bila cari atau diaorang nak beli suplemen shaklee ni, diaorang akan tanya "bang, dapat harga ahli tak? sebab saya dah ada ID ( no keahlian shaklee ) ni, tapi dah tak aktiflah bang. masuk ahli sebab nak makan sendiri". bukan seorang dua tau, tapi lebih dari 10 orang ( ramailah tu kan ?) dan memang kebanyakan diaorang ni dah jadi ahli. tapi tak aktif ( aktif di sini bermaksud untuk selalu berkongsi kebaikan dan manfaat produk shaklee kepada orang lain). PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR hah, selalu korang akan jum

BAGAIMANA MENYAMBUT HARI IBU

Image
Hah, hari Ibu datang lagi. Semalam aku sambut Hari Ibu a.k.a Hari Ibu mertua a.k.a Ibu kepada isteri aku. Peliknya keluarga isteri aku ni, semua sambutan dan semua tarikh ulangtahun pasti diaorang nak sambut. bagaimana menyambut hari ibu setiap tahun, begitu juga mereka akan sambut hari hari tertentu setiap tahun. Antara hari yang aku pelik untuk aku sambut ialah hari ulangtahun perkahwinan ibu bapa mertua aku. patutnya biarlah ibu bapa mertua aku sambut sendiri kan? sebab itu ulangtahun perkahwinan diaorang. Tapi, bagaimana menyambut hari ibu itu di lakukan seperti makan makan, beri hadiah atau sekadar telefon untuk ucapkan hari Ibu, begitu juga mereka akan menyambutnya untuk ulangtahun perkahwinan ibu bapa mereka.. Kena pula isteri aku daya ingatan dia tentang tarikh tarikh ni memang superb!! jadi tukang peringatkan kat adik beradik dia. tapi sejak kebelakangan ni, isteri aku macam sibukkan sesuatu sampai dia boleh miss nak ingatkan adik beradik dia. ( tak cukup omega dengan lecith

NAIK PENTAS DI CALIFORNIA, KORANG PERCAYA TAK?

Image
ha, tahun lepas, antara perkara yang aku tidak jangka langsung akan aku lalui dan lakukan ialah NAIK PENTAS!! ni bukan calang calang pentas tau. aku naik pentas di California, USA!!!  budak felda macam aku ni boleh pergi jauh nunnnn di negara orang untuk terima award!!...ha ha ha... Alhamdulillah, aku perasan sejak aku join Shaklee ni, pelbagai benda baru yang terjadi kat aku yang selama ini memang aku tak jangkakan akan menempuhnya. Selain dari aku bercuti 6 bulan tanpa gaji ( tapi masih duit masyukkkk dalam akaun, lebih lak tu dari gaji aku yang biasa ). Salah satunya ini paling terkejut. Pergi ke luar negara lagi lagi ke USA!!!, fuh...memang lah tak pernah mimpi lansung. paling jauh aku terpikir nak keluar negara pun cuma ke Indonesia naik feri. Ha ha ha...betul!! sebab aku tau aku tak mampu nak beli tiket apatah lagi nak duduk kat sana selama 2 minggu. 2 minggu beb!!.. nak cerita pasal gi USA dalam 1 entry ni memang panjanglah..jadi mungkin ada 3 4 5 entry aku akan cterkan..a

HARI PERTAMA BEKERJA

aku mula pergi kerja hari ini. Bukan ditempat baru, tapi ditempat lama. senang kerja tempat lama. Bos dah kenal, kawan dah kenal, cara kerja dah faham dan paling best, dah kenal juga macamana nak minta naik gaji. ( salah satu agenda ku) set jam kul 6.30 pagi. bangun, matikan alarm. baring balik. kul 6.35, jam bunyi lagi.aduhhhhh...malasnya.....tengok isteri dan anak anak, golek golek lagi dengan selimut. bestnyer..... bangun, g bilik air, mandi, then siap siap untuk solat subuh. hemmmmm... malasnya nak keluar rumah. ************* macam nak jadi pengedar shaklee Kota Tinggi jelah terus. malas pulak nak g keje*************

DUDUK GOYANG KAKI 6 BULAN TAPI DUIT GAJI JALAN

bulan 4, 2015, genap 6 bulan aku duduk kat rumah. cuti dengan gaji. korang ingat, orang pompuan je boleh cuti dengan gaji? tu pun kena bersalin dan dok kat rumah diam diam sebab berpantang. aku? duduk kat rumah, sebab aku nak fokus dan jadi tulang belakang perniagaan isteri aku yang banyak sangat perniagaan dia nak buat sampai satu tahap dia rasa dia nak quit buat semua perniagaan dan rasa nak fokus kat 1 je perniagaan yang dia rasa dia suka dan minat dan senang dia nak buat iaitu - klik klik kat depan komputer , tulis itu ini, dapat order dari pelanggan, duit masuk, dia pos barang, bulan depannya dapat bonus dan aku merasa hasil bonus tu. korang faham??? baca semula dan pelan pelan korang fahamkan. tapi aku taklah duduk diam je kan, smbil aku kasi idea idea bernas bagaimana nak kembangkan perniagaannya untuk lebih berkembang. aku suka perniagaan dia berkembang tapi jangan dia yang kembang---tetttttttttttt korang rasa kenapa aku berani bercuti tanpa gaji dari tempat kerja

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum... Hai, aku seorang lelaki. Pelik? pelik kenalkan diri macam tu. sebab? orang boleh tahu dari nama aku. MOHD ZAMRI BIN HUSSIN. dah sah sah lelaki. betul!!... tapi kalau orang Gen Y akan cakp "nama lelaki tak semestinya lelaki bro!". pernah dengar ayat tu?...aku selalu dengar dan baca. hari ni, 1 Mei 2015, bermulanya diari online ini untuk semua. aku bukan nak cari glamer, tapi aku nak bukukan perjalanan kehidupan aku pada umur aku 34 tahun. aku keje biasa je. seorang juruteknik di sektor swasta, ada seorang isteri (masih dan aku harap tetap 1 isteri ), ada 2 anak. sepasang dah!!!  yang ni Insya Allah betul seorang lelaki dan seorang perempuan.  Isteri aku WAHM, jual shakleee ( ala, produk kesihatan yang glamer pada abad sekarang ni ) - yang korang rasa wahhhhh bestlah isteri duduk kat rumah...semua siap...tapi korang silap!!...tak semua siap sebab yang dia buat separuh, selebihnya aku siapkan. takpe, nanti, pelan pelan aku cterkan pasal bagaiman