REVIEW KING CRAB DARI KING CRAB JOHOR

Alhamdulillah, sesekali bila ada rezeki lebih, Abam Z belanja anak anak makan di luar. Tapi kali ni, abam Z belanja isteri dan anak anak ketam yang pernah Abam Z makan masa ikut trip international 6 bintang secara PERCUMA! untung ke tak untung join shaklee ni?

sudah tentulah kena lengkapkan syarat syarat yang ditetapkan oleh pihak Shaklee. eh, abam bukan nak bercerita pasal trip shaklee tu, tapi nak cerita pasal berpeluang merasa ketam atau KING CRAB ni bersama anak anak.

Selama ni, memang selalu tengok rancangan kat astro iaitu Deadliest Catch yang mana bila tiba musim king crab ni, mereka akan keluar dan cuma meraih untung yang banyak sesama mereka.  memang rancangan kegemaran abamlah. kekadang abam akan survey harga sekilo ketam ni, tapi uh, tak terfkirlah akan belinya. Sayang duit orang kata.

sehinggalah ketika abam makan di USA, abam dah semat dalam hati, balik Malaysia nanti, aku nak beli dan kasi anak bini aku makan dan rasa keenakannya sendiri.

selepas mencari di internet, abam terjumpa page KING CRAB JOHOR dan mula bertanya mengenai king crab yang dijualnya.  rupanya tak jauh dari rumah abam, dan inilah hasilnya!.


          


hah, terliur tak tengok video ni? ada juga video dari anak anak abam juga. korang boleh search channel Damia Pit Shop.

Comments